Wednesday, March 21, 2012

BELAJAR DI TINGKATAN ENAM LEBIH MUDAH MULAI TAHUN 2012

Sistem pentaksiran STPM secara modular akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan tingkatan enam bawah pada tahun 2012. Dalam sistem modular ini, penilaian terhadap pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap semester (ada tiga semester semuanya). Selain peperiksaan akhir berpusat pada setiap hujung semester, pelajar akan dinilai juga melalui kerja kursus yang dijalankan sepanjang pengajian. Dengan pelaksanaan sistem baru ini pengajian tingkatan enam akan menjadi lebih menarik, dan memudahkan lagi pelajar menguasai pembelajaran mereka berbanding sistem lama.
Kelebihan sistem modular :-
1) Pelajar menjawab peperiksaan mengikut semester dimana lebih sedikit kandungan pelajaran ditanya dalam setiap peperiksaan.
2) Terdapat 3 kali peperiksaan yang membolehkan pelajar mendapat keputusan STPM yang lebih baik di mana pelajar dapat meningkatkan percapaian dalam setiap semester.
3) Kerja kursus membantu markah peperiksaan keseluruhan. Peluang untuk lulus cemerlang lebih tinggi.
4) Pengajian di Pra-U setaraf dengan matrikulasi malah mendapat pengiktrafan antarabangsa melalui piawaan Oxford. Namun kos pengajian adalah jauh lebih rendah berbanding program matrikulasi.

PRA-U di STARP PUTRA

STAR PUTRA menawarkan program Pra-Universiti aliran sains yang terdiri dari subjek:
(1) Pengajian Am
(2) MUET,
(3) Biologi
(4) Kimia
(5) Matematik T.

Syarat-syarat kemasukan

Bagi kemasukan kejurusan sains pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam tiga matapelajaran di bawah dan jumlah agregat untuk tiga matapelajaran tesebut tidak melebihi 18.

1) Matematik/ matematik tambahan

2) Fizik

3) Kimia

4) Biologi

5) Lukisan kejuruteraan/ pengajian kejuruteraan mekanikal, pengajian kejuruteraan awam,pengajian kejuruteraan elektrik/ rekacipta/ agroteknologi/ teknologi maklumat

Calon mesti tidak melebihi umur 20 tahun pada 1 Januari 2012.


JURUSAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI

1) Doktor perubatan/ pergigian

2) Farmasi

3) Bioperubatan

4) Bioteknologi

5) Mikrobiologi

6) Teknologi makanan

7) Agroteknologi/ Sains pertanian

8) Alam sekitar

9) Pendidikan biologi/Kimia/Matematik dan lain-lain